Kelestarian Tadbir Urus dan Pembangunan Tanah di Malaysia

RM60.00
4 item(s)
+

Kelestarian Tadbir Urus dan Pembangunan Tanah di Malaysia

Editor: Robiah Suratman & Siti Radiaton Adawiyah Zakaria
Publisher: UTM Press
ISBN: 9789835218255
Weight: 0.245kg
Pages: 148pp
Year: 2021
Price: RM60

Buku Kelestarian Tadbir Urus dan Pembangunan Tanah di Malaysia ini mengetengahkan kajian kes berkaitan konsep kelestarian dari perspektif pentadbiran dan pembangunan tanah dengan menyentuh pelbagai pelaksanaan yang dijalankan di seluruh negara bersesuaian dengan keperluan dan tujuan pelbagai disiplin pentadbiran tanah. Kelestarian adalah proses mengekalkan perubahan dalam cara yang seimbang dimana eksploitasi sumber, orientasi pembangunan dan perubahan institusi mestilah meningkatkan potensi masa kini dan masa depan. Usaha mencapai kelestarian dalam konteks pentadbiran dan pembangunan tanah melibatkan pelbagai pihak, undang-undang, peraturan, dan dasar-dasar awam, termasuklah tingkah laku dan gaya hidup masyarakat awam. Buku ini adalah sebagai satu usaha ke arah pencapaian kelestarian dari sudut pandangan pentadbiran dan pembangunan tanah. Setiap topik yang dipilih adalah mengambilkira aspek pentadbiran dan pembangunan tanah yang sesuai dirujuk dalam menitikberatkan elemen kelestarian dalam pelaksanaannya. Ia sesuai dijadikan bahan rujukan oleh pelajar, penyelidik, pihak berkepentingan dan pembuat dasar dalam bidang pentadbiran dan pembangunan tanah.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI