KELEWATAN PENGURUSAN HARTA PUSAKA: TAK ALIH ORANG ISLAM DI MALAYSIA

RM35.00
9786294861930
1 item(s)
+

KELEWATAN PENGURUSAN HARTA PUSAKA: TAK ALIH ORANG ISLAM DI MALAYSIA

Author: Bibi Nur Adila Zulkafli & Md. Yazid Ahmad
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294861930
Weight: 208gsm
Pages: 134pp
Year: 2024
Price: RM35

Karya bertajuk Kelewatan Pengurusan Harta Pusaka Tak Alih Orang Islam di Malaysia ini secara keseluruhannya membicarakan tentang tuntutan harta pusaka tak alih orang Islam di Malaysia. Perbincangan berdasarkan perspektif syarak dan undang-undang ini dibahaskan dalam lima bab yang terkandung dalam buku ini. Karya ini juga turut membincangkan tentang konsep taqadum dalam pengurusan aset pusaka orang Islam, prosedur pengurusan dan pentadbiran aset pusaka di beberapa agensi terlibat, punca dan kekangan kelewatan dalam pengurusan aset pusaka, realiti kelewatan pengurusan aset pusaka orang islam di beberapa agensi terlibat dan penyelesa- ian terhadap kelewatan pengurusan dan pembahagian aset pusaka orang Islam. 

Menariknya buku ini memberi pendedahan terperinci dan jelas kepada pembaca dan masyarakat berkaitan senario kelewatan pengurusan pusaka di beberapa agensi. Antara agensi yang terlibat dalam pengurusan aset pusaka tak alih orang islam ialah Mahkamah Syariah, Unit Pembahagian Pusaka dan Mahkamah Tinggi Sivil. Akhir sekali, rumusan terhadap perbincangan isu-isu ini disediakan oleh penulis berasaskan syariah dan undang-undang dengan mengambil kira perkembangan yang berlaku dalam negara.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI