Kemelesetan Ekonomi Dunia: Pengalaman Pulau Jawa (1929-1935)
Author: Nazarudin Zainun
Publisher: Dewan Bahasa Pustaka
ISBN: 9789834614690
Weight: 400g
Pages: 411
Year: 2015
Price: RM35
Zaman kemelesetan merupakan satu tempoh yang menyaksikan kemerosotan ekonomi dunai sekitar tahun 1920-an hingga 1930-an. Tempoh ini dianggap sebagai zaman kemeseletan ekonomi terburuk dan paling signifikan dalam sejarah ekonomi dunia. Tempoh tersebut juga dijadikan kayu ukur dalam membandingkan sejauh mana ekonomi pada zaman moden boleh mengalami kejatuhan. Buku ini membincangkan kemelesetan ekonomi dunia, khususnya yang berlaku di Pualu Jawa bermula pada tahun 1929 hingga 1935. Pulau Jawa dipilih atas faktor peranannya sebagai pusat pentadbiran penjajah Belanda pada tempoh tersebut. Secara khusus, buku ini memberi kefahaman dan pengetahuan tentang cara bagaimana Pulau Jawa berhadapan dengan konflik kemelesetan ekonomi. Krisis ekonomi yang melanda Pulau Jawa antara tahun 1929 hingga 1935 sebenarnya merupakan satu gejala ekonomi dunia kerana hampir tidak ada satu negara pun, terutama yang terlibat dalam ekonomi import dan eksport, terlepas daripada pengaruh krisis ini. Oleh sebab itu, krisis ini dirujuk sebagai "zaman meleset".