Kemurungan & Depresi: Punca dan Penawarnya
Author: Said Ramadan Al-Buti
Publisher: Nizamiyyah Institute
ISBN: 9789672605720
Weight:
Pages: 174pp
Year: 2022
Price: RM25
Di manakah terletaknya ketenangan? Jawapannya sudah pasti dalam hati. Siapakah yang mencipta hati manusia ini? Jawapannya sudah tentu Allah. Tuhan yang mencipta hati manusia mampu untuk memasukkan ketenangan tersebut ke dalam hati. Sekiranya ketenangan tersebut telah memenuhi setiap sudut hati manusia, maka terealisasilah segala faktor kebahagiaan buat seorang manusia.
Siapakah orang yang akan dikurniakan ketenangan dan ketenteraman dalam hatinya? Jawapannya adalah seperti yang disebutkan dalam ayat tersebut: "Orang yang beriman dan tidak mencemarkan iman mereka dengan kezaliman." Iaitu orang yang menunaikan sepenuhnya hak iman tersebut dengan amalan dan tingkah laku diri yang baik. Mereka tidak menyalutkan iman serta amalan mereka dengan sebarang bentuk penipuan dan perdayaan demi mendapat kepentingan duniawi.
Isu kemurungan dan depresi amat mencengkam masyarakat pada hari ini terutama pada zaman Covid-19 dan PKP. Saban hari, ada saja berita mengenai kes bunuh diri akibat tertekan dengan masalah hidup. Isu kemurungan dan depresi ini harus dipandang serius dan tidak diambil ringan oleh semua pihak.