Kenaf Dan Enapcemar Alum: Modifikasi dan Prestasi dalam Komposit Bersimen
Author: Roziyah Ahmad, Roslizah Hamid & Siti Aminah Hj. Osman
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294860520
Weight: 467gsm
Pages: 313pp
Year: 2024
Price: RM50
Kesan pencemaran industri terhadap alam sekitar telah memacu sektor pembinaan dan pengeluaran mencari sumber yang boleh diperbaharui sebagai bahan alternatif. Gentian semulajadi kenaf dan bahan buangan loji rawatan air iaitu enapcemar alum adalah bahan alternatif yang dibangunkan bagi kegunaan dalam komposit bersimen.
Modifikasi gentian dan matriks dibangun bagi meningkatkan prestasi bahan kerana kekangan penggunaan adalah sensitiviti terhadap air yang menyebabkan sifat mekanik serta ketahanlasakan menurun kerana ketidakserasian gentian hidrofilik dengan matriks bersifat hidrofobik. Melalui kombinasi kaedah modifikasi, peningkatan ketara terhadap sifat-sifat fizik, mekanik, dan ketahanlasakan gentian serta komposit, ikatan antara muka gentian-matriks dapat ditingkatkan, manakala sifat hidrofilik gentian serta proses penyerapan lembapan dapat diminimakan.