Kenapakah Umat Islam Ketinggalan dan Orang Lain Maju?
Author: Al-Amir Syakib Arsalan
Translator: Prof. Madya Dto' Dr. Mohd Frakhruddin Abdul Mukti
Publisher: Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia
ISBN: 9789671382806
Weight: 0.3kg
Pages: 146
Year: 2016
Price: RM20
Kelemahan umat Islam merupakan isu perdebatan dalam kalangan ahli fikir Islam semenjak dahulu sehinggalah ke hari ini. Belum ada jawapan yang muktamad kepada sebab-sebab yang dicari. Umat Islam sememangnya dianugerahi Allah kelebihan yang banyak dengan melimpah ruahnya nikmat kekayaan bumi-bumi bertuah mereka yang dikenali kini sebagai negara-negara Islam. Anugerah terbesar umat Islam ialah al-Quran yang menjadi panduan terunggul untuk menguruskan kehidupan sebagai individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia amnya di tengah-tengah kaum-kaum lain yang bukan beragama Islam mencari-cari panduan dan gagasan. Anugerah ini betul tepat dan sahih justeru dari Allah, Pencipta manusia sendiri dan alam mayapada ini. Dianugerahkan nikmat terbanyak itu sebenarnya untuk menguji keimanan manusia supaya bersyukur dan ujian inilah menjadikan mereka kecundang dan tertinggal justeru disebabkan kemiskinan ilmu dan kelumpuhan Irman. Inilah yang menjadi punca mengundang pelbagai musibah yang menimpa umat di sana sini kerana pengabaian perintah Allah yang seluruhnya adalah untuk kebaikan dan kebahagian manusia.