Kepelbagaian Amalan Kelestarian Alam Sekitar dalam Kalangan Masyarakat Pelbagai Kaum di Malaysia

RM63.00
9789674883744
10 item(s)
+

Kepelbagaian Amalan Kelestarian Alam Sekitar dalam Kalangan Masyarakat Pelbagai Kaum di Malaysia

Editor: Mariney Mohd Yusoff & Ravindaran Maraya
Publisher: UM Press
ISBN: 9789674883744
Weight: 
Pages: 
Year: 2025
Price: RM63

Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina, India, serta memiliki kepelbagaian amalan dalam memelihara dan melestarikan alam sekitar. Kesedaran terhadap kepentingan menjaga alam sekitar bukan sahaja merupakan tuntutan global, tetapi juga menjadi sebahagian daripada budaya dan nilai-nilai masyarakat Malaysia. Kepelbagaian amalan kelestarian alam sekitar di Malaysia merujuk kepada pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh masyarakat, kerajaan, serta badan bukan kerajaan (NGO) untuk memastikan keseimbangan antara pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar. Amalan kelestarian yang pelbagai, jika dilaksanakan dengan berkesan, mampu memelihara alam sekitar serta menjamin kemakmuran ekonomi dan sosial. Dalam konteks ini, kepelbagaian amalan kelestarian menjadi sangat penting, terutama apabila ditinjau daripada aspek budaya, ekonomi, dan ekologi. Ini juga menjanjikan kualiti hidup manusia yang bergantung pada keadaan persekitaran yang bersih dan sihat. Udara yang bersih, air yang tidak tercemar, dan kawasan hijau yang terjaga semuanya menyumbang kepada kesihatan fizikal dan mental. Malaysia adalah salah satu negara yang memiliki keanekaragaman biodiversiti tertinggi di dunia. Jesteru, kelestarian alam sekitar penting untuk memelihara flora yang terancam, sekali gus mengekalkan keseimbangan ekologi yang menyokong kehidupan manusia. Buku ini diharapkan dapat mempermudah amalan kelestarian alam sekitar di Malaysia yang merangkumi pelbagai cara yang dipengaruhi oleh budaya, agama, dan nilai masyarakat masing-masing. Kepelbagaian amalan kelestarian alam sekitar di Malaysia mencerminkan usaha bersepadu daripada pelbagai pihak untuk memelihara ekosistem negara. Kepentingan kelestarian ini melangkaui bukan hanya aspek alam sekitar, tetapi juga melibatkan ekonomi, sosial, dan kesejahteraan hidup masyarakat. Dengan memanfaatkan sumber alam secara bertanggungjawab dan menerapkan teknologi hijau, Malaysia mampu menjadi sebuah negara yang maju daripada segi pembangunan, tanpa mengorbankan kualiti alam sekitar dan keseimbangan ekologi. Kelestarian alam sekitar bukan sahaja keperluan semasa, tetapi juga kunci kepada m


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI