Kepentingan Nasional Jepun di Selat Melaka
Author: Noraini Zulkifli & Zarina Othman
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674128067
Pages: 161pp
Weight: 0.246kg
Year: 2020
Price: RM 35
Kepentingan Jepun di Selat Melaka menganalisis kehadiran Jepun di Selat Melaka yang terletak jauh kebarat daya negaranya. Sebagai sebuah negara yang mempunyai kemampuan ekonomi, Jepun mempunyai kepentingan nasional di Selat Melaka. Justeru kehadirannya bukan sahaja untuk menjaga keselamatan kapal yang berlayar dan berlabuh di situ, malah menjaga kepentingan ekonomi dan kepentingan strategiknya demi kelangsungan hidup negara.
Ini bertepatan dengan teori tersohor hubungan antarabangsa neorealisme yang menghujah negara bersendirian dalam struktur antarabangsa. Selat Melaka menjadi nadi komunikasi yang menghubungkan penghantaran tenaga dan sumber yang diperlukan oleh Jepun sebagai sebuah negara industri berat yang masih sebahagiannya bergantung pada negara luar seperti dari Timur Tengah dan Eropah untuk sumber bahan mentahnya termasuk minyak.