Kepimpinan Dan Dakwah Pendidikan Tinggi Islam: Suatu Naratif Baharu

RM78.00
9789674409517
10 item(s)
+

Kepimpinan Dan Dakwah Pendidikan Tinggi Islam: Suatu Naratif Baharu

Author: Mahazan Abdul Mutalib & Dzulkifli Abd Razak
Publisher: USIM Press
ISBN: 9789674409517
Weight: 
Pages: 183
Year: 2022
Price: RM78

Buku ini membincangkan hala tuju universiti terutamanya universiti Islam bagi mendepani kesan kolonialisasi gaya baharu kepimpinan tinggi. Sejarah ribuan  tahun  penglibatan  dan  sumbangan  orang  Islam  dalam  membawa  ilmu  ke  satu  peringkat  yang  lebih  tinggi  bagi  mendekatkan  diri      seorang  hamba   kepada   Maha   Pencipta   sering   kali   diketepikan   apabila   kita   mendefinisikan  kecemerlangan  universiti  dewasa  ini.  Perkara  ini  bukan  baharu    dan    tidak    hanya    membelenggu    akademia    Islam    malahan        dibincangkan  di  seluruh  dunia.  Kesan  kolonialisasi  dan  imperialisma  pemikiran  ialah  satu  realiti  yang  tidak    seharusnya  diketepikan  atau  dilupakan. Isu kepimpinan universiti Islam yang dibincangkan dalam buku ini dipadankan dengan konteks Dakwah Islamiyyah. Ini kerana pendidikan ialah  asas  utama  gerakan  dakwah  yang  mementingkan  kefahaman  yang  utuh  mengenai  ilmu-ilmu  berkaitan  agama  Islam  khususnya  berkaitan  keimanan, syariah Islamiyyah, serta akhlak dan adab Islam. Buku ini ditulis sebagai   olahan   lengkap   Syarahan   Ijazah   Kehormat   Doktor   Falsafah   Da’wah dan Pengurusan Islam, yang telah dianugerahkan USIM menerusi Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) kepada YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri (Dr.) Dzulkifli Abd. Razak pada sesi Majlis Konvokesyen USIM kali ke-17  pada  26  November  2019.  Penganugerahan  disempurnakan  oleh  DYMM  Tunku  Ampuan  Besar  Negeri  Sembilan,  Tuanku  Aishah  Rohani  binti Almarhum Tengku Besar Mahmud selaku Canselor USIM.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI