Kepimpinan Lestari Berdasarkan Maqasid Syariah
Author: Muhammad Yusuf Khalid, Mohd Rumaizuddin Ghazali & Dzulkifli Abdul Razak
Publisher: USIM Press
ISBN: 9789674402334
Pages: 132pp
Weight: 0.150 kg
Year: 2015
Price: RM 30
Maqasid syariah yang bertujuan menjaga dan memelihara sistem tata hidup manusia melalui Islam sebagai satu cara hidup dengan meraikan fitrah, keadilan, kebebasan dan kesempurnaan. Pembangunan lestari sebaliknya sebagai satu konsep memakmurkan kualiti hidup manusia sekali gus mengekang kesan-kesan musibah yang sedang melanda dunia sekarang ini, malah untuk masa hadapan. Agenda pembangunan lestari wajar diarusperdanakan sebagai satu pendekatan baharu melalui pendidikan yang selaras dengan perspektif maqasid syariah. Buku ini memaparkan teori maqasid syariah bukan sahaja menjurus kepada individu tetapi dikembangkan meliputi skop kemanusiaan yang lebih luas, termasuk masyarakat, umat manusia sejagat.