Kepimpinan Mobiliti Dan Kesukarelawanan Mahasiswa
Editor: Mohd Dino Khairri Shariffuddin, Muslimin Wallang & Rohafiz Sabar
Publisher: UUM Press
ISBN: 978-967-2486-74-9
Weight: 0.388 kg
Pages: 230
Year: 2021
Price: RM 40
Buku ini membincangkan aspek kepimpinan mahasiswa dalam membentuk kepimpinan golongan tersebut melalui keterlibatan dalam kursus kokurikulum, aktiviti di peringkat universiti dan kolej penginapan. Secara umum, bab yang ditulis ini dapat mendedahkan mahasiswa tentang pentingnya untuk mengasah bakat ‘soft skills’ di samping kemahiran yang lain.
Mobiliti juga dinilai akan dapat mengasah bakat kepimpinan seseorang mahasiswa sekiranya setiap mahasiswa mengetahui prosedur dan kepentingan mendapatkan pengalaman melalui program tersebut. Oleh itu, program mobiliti juga menjadi antara elemen yang penting bagi melahirkan mahasiswa yang berdaya saing dan kompeten dengan cabaran semasa. Penglibatan mahasiswa dalam aktiviti kesukarelawanan juga diterapkan agar mahasiswa mengetahui pentingnya ilmu akademik dan ilmu insaniah.
Karya ini sesuai dibaca oleh golongan mahasiswa dan bakal mahasiswa untuk memberikan pendedahan awal kepada mereka tentang dunia alam universiti. Bagi mereka yang bergelar mahasiswa seharusnya memanfaatkan peluang sepanjang berada di universiti dengan mengasah bakat ‘kepimpinan’ yang akan menjadi bekalan setelah tamatnya pengajian.