Kesejahteraan & Persaraan Yang Terhormat

RM30.00
9786294862876
2 item(s)
+

Kesejahteraan & Persaraan Yang Terhormat

Editors: Norazila Mat, Rosmah Mat Isa & Rasidah Arshad
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294862876
Weight: 0.4 kg
Pages: 142 pp
Year: 2025
Price: RM30

Persaraan yang terhormat adalah satu konsep yang bermaksud bersara dengan keadaan sejahtera dari segi mental, fizikal, ekonomi dan kewangan yang terjamin, hubungan sosial yang baik dan kehidupan yang berkualiti sepanjang tempoh persaraan. Persaraan yang terhormat ini tidak mudah dicapai sekiranya tiada perancangan awal. Pesara perlu cakna akan isu dan cabaran yang bakal dihadapi seandainya mereka mahu bersara dengan sejahtera dan terhormat. 

Perkara utama yang perlu dilakukan adalah memahami aspek yang mempengaruhi persaraan dengan membuat perancangan sebelum bersara. Bagi menjamin kelestarian ekonomi dan kawangan, pesara perlu menguruskan kewangan dengan bijak seperti menabung, mengubah gaya hidup dan mengelak daripada menjadi mangsa penipuan kewangan. 

Pesara juga boleh menceburkan diri dalam aktiviti keusahawanan bagi menampung kehidupan semasa bersara. Seterusnya, pesara perlu memastikan kesihatan fizikal dan psikologi sentiasa berada dalam keadaan yang baik bagi mencapai kasejahteran. Kesejahteraan ini juga meliputi aspek kerohanian yang memerlukan santapan rohani seperti menjaga hubungan dengan Allah dan makhluknya. 

Walau bagaimanapun, semua aspek kesejahteraan ini tidak mungkin tercapai sekiranya pesara tidak menguruskan masa dengan teratur dan berkesan. Persaraan yang terhormat memerlukan inisiatif dan sokongan dari semua pihak termasuklah pesara, komuniti, organisasi dan kerajaan. Buku ini sangat sesuai dirujuk oleh semua pihak terutamanya bakal pesara, pesara, majikan dan kerajaan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI