Kesejahteraan Hidup Kanak-Kanak
Author/Editor: Noralina Omar
Publisher: UM Press
ISBN: 9789674880101
Weight: 300
Pages:
Year: 2018
Price: RM48
Tidak semua kanak-kanak berpeluang untuk hidup dengan sejahtera. Halangan yang wujud dalam ekosistem telah mengecilkan, mengehadkan atau menafikan peluang untuk kanak-kanak hidup sejahtera. Buku ini cuba untuk memberi gambaran mengenai tahap kesejahteraan hidup kanak-kanak di negara ini. Buku ini juga membincangkan mengenai faktor ekologi keluarga yang boleh meningkatkan kesejahteraan kanak-kanak. Beberapa pelan intervensi sosial bagi mengekalkan dan meningkatkan lagi kualiti hidup kanak-kanak di Malaysia turut dibincangkan di dalam buku ini. Sesungguhnya, kesejahteraan hidup kanak-kanak amat bergantung kepada individu, institusi dan sistem yang menaungi kanak-kanak memandangkan kanak-kanak tidak mampu untuk memenuhi semua keperluan mereka secara sendirian. Kanak-kanak yang hidup sejahtera mampu menjadi generasi masa depan negara yang mempunyai sahsiah yang tinggi, produktif, inovatif dan berdaya saing serta dapat meneruskan agenda pembangunan dan merealisasikan wawasan negara.