Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Pejabat

RM42.00
9789834934934
5 item(s)
+

Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Pejabat

Author: Anuar Ithnin
Publisher: Dewan Bahasa Pustaka
ISBN: 9789834934934
Weight: 0.258 kg
Pages: 157pp
Year: 2022
Price: RM42

Buku ini memerihalkan pelbagai aspek dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di pejabat. Persekitaran pejabat yang kondusif boleh meningkatkan penumpuan, perhatian dan pencapaian, seterusnya meningkatkan produktiviti: pekerja. Persekitaran pejabat sering terdedah kepada pelbagai pencemaran contohnya, hazard fizikal, kimia, biologi, ergonomik dan sebagainya. Oleh itu, pendekatan pengurusan risiko atau pencegahan risiko KKP yang berkesan dilakukan dengan menggalakkan penglibatan pekerja atau wakilnya dalam pelaksanaan sesuatu program KKP yang mampu beroperasi secara pengaturan kendiri secara berterusan. Tambahan pula, persekitaran pejabat telah mengalami perubahan yang ketara hasil daripada perubahan teknologi mahupun perubahan dalam sistem perundangan dan peraturan yang diperkenalkan oleh pihak penguatkuasaan. Perubahan pengurusan KKP yang dilaksanakan perlu mematuhi peraturan yang diperuntukkan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 (Akta 514) dan peraturannya

Buku ini sesuai digunakan sebagai panduan kepada pihak pengurusan dan pekerja untuk memahami pengurusan KKP di pejabat Prinsip AKKP 1994 bukan sahaja melindungi dan menjamin keselamatan, kesihatan serta kebajikan pekerja daripada sebarang bahaya di tempat kerja, tetapi secara tidak langsung dapat meningkatkan produktiviti pekerja dan organisasi.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI