Kesusasteraan Melayu Moden 1990-1999
Editor: Mana Sikana
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 9789834933418
Weight: 0.8 kg
Pages: 654
Year: 2022
Price: RM65
Kesusasteraan Melayu moden dekad 1990-an ialah suatu zaman pengukuhan dan transisi penulis bagi menghadapi gerbang alaf baharu. Kepesatan teknologi maklumat dan globalisasi era ini telah merancakkan wacana ilmu dan pemikiran yang terarah pada globalisasi sastera, pascamodenisme dan teori sastera. Dekad ini melakarkan percubaan dunia sastera tempatan untuk mencari kekuatan dirinya demi menghadapi pelbagai cabaran semasa. Dekad ini juga ialah dekad kesinambungan karya dan perbincangan sastera Islam mengukuhkan tempatnya dan penginterpretasian semula teks sastera tradisional sebagai citra unggul yang dapat mendepani alaf ke-21. Buku ini mengandungi 32 esei kajian yang ditulis oleh para sarjana berwibawa dalam bidang kesusasteraan. Mereka mengkaji secara retrospektif dan menganalisis tokoh serta lima genre utama yang menandai citra dekad 1990-an, iaitu puisi, cerpen, novel, drama dan esei kritikan.