Ketaksamaan Pendapatan di Malaysia: Analisis Pemodelan Sistem Dinamik
Penulis: Syahrin Suhaimee, Mohd Azlan Shah Zaidi, Nooraishah Sulaiman, Jafri Zulkepli Hew
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294862814
Weight: kg
Pages: 166 m/s
Year: 2024
Price: RM35
Ketaksamaan pendapatan masih menjadi isu yang sering dibincangkan di Malaysia sungguhpün setelah lebih 60 tahun negara mencapai kemerdekaan. Aspek ketaksamaan dan agihan pendapatan adalah antara agenda utama dalam rancangan pembangunan negara. Bermula dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1970, sehingga Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dan RMKe-13. aspek ketaksamaan dan agihan pendapatan dapat dilihat dalam setiap Rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia. Pelbagai dasar dan strategi telah dan sedang dilaksanakan bagi menangani isu tersebut menerusi setiap rancangan pembangunan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Justeru buku ini membincangkan aspek ketaksamaan pendapatan di negara ini dalam kontek yang berbeza. Menggunakan pendekatan Pemodelan Sistem Dinamik (PSD), aspek ketaksamaan pendapatan dianalisis menerusi hubungan dinamik ketaksamaan pendapatan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi ketaksamaan tersebut. Faktor yang menjadi fokus perbincangan ialah aspek pendidikan, tenaga buruh, kesihatan dan pembangunan kewangan. Kaedah PSD berupaya mengetengahkan faktor-faktor penyebab dan akibat ketaksamaan pendapatan, di samping dapat menerangkan secara terperinci setiap isu dalam ketaksamaan tersebut. Menerusi pendekatan ini juga, beberapa senario berhubung aspek ketaksamaan pendapatan di negara ini dapat diwujudkan. Pembangunan scenario bertujuan memahami isu-isu yang dianggap menjadi punca utama bagi ketaksamaan pendapatan. Berdasarkan senario, analisis PSD berupaya memberi gambaran yang jelas berhubung masalah dan jurang ketaksamaam pendapatan yang berlaku antara kumpulan isi rumah di negara ini.