Ketidakjaminan Makanan Dan Malpemakanan Warga Emas
Author/Editor: Suzana Shahar, Rohida Saleh Hudin, Norhayati Ibrahim & Hanis Mastura Yahya
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674126803
Weight: 200g
Pages: 142
Year: 2018
Price: RM35
Malaysia bakal dinobat sebagai negara menua pada masa lebih kurang 20 tahun. Walau bagaimanapun, fenomena penuaan yang dialami oleh Malaysia sebagai negara yang pesat membangun adalah unik kerana kedua-dua gejala obesiti dan malpemakanan hadir seiring pada masa tersebut. Usaha giat dilakukan bagi menangani masalah obesiti yang membawa kepada penyakit tidak berjangkit menjadi beban kesihatan dan penyakit bukan hanya di Malaysia, tetapi juga pada peringkat global. Namun, sering kali aspek malpemakanan kurang diberi penekanan, apatah lagi ketidakjaminan makanan. Kejaminan makanan adalah asas keperluan hidup manusia yang perlu diberi perhatian bagi meningkatkan kualiti hidup populasi. Malah, United Nation mensasarkan ‘Kelaparan Sifar’ sebagai elemen kedua dalam Sustainable Development Goal yang ingin dicapai pada tahun 2030. Oleh itu, buku ini dipersembahkan bagi mengupas aspek ketidakjaminan makanan dan malpemakanan, hasil penelitian para penyelidik UKM dengan kerjasama beberapa pihak termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia dan FELDA. Peranan aspek psikososial turut dikupas, memandangkan ianya dikenal pasti sebagai penyumbang kepada pemasalahan ketidakjaminan dan malpemakanan warga emas dalam kalangan populasi yang kian pesat membangun seperti Malaysia. Strategi holistic yang praktikal dan futuristik turut dibincangkan bagi meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan dan aspek sosial warga emas agar mereka dapat menyelusuri penuaan secara sihat dan bermakna. Semoga buku ini bermanafaaat kepada penjaga, profesional kesihatan dan petugas sosial, pemegang taruh berkaitan termasuk badan berkanun, swasta, sukarelawan dan sesuai untuk masyarakat umum.