Ketokohan Ibn Qu​taybah di dalam Ilmu Kalam

RM33.00
9789675272493
6 item(s)
+

Ketokohan Ibn Qutaybah di dalam Ilmu Kalam

Author: Che Amnah Bahari

Publisher: IIUM Press

ISBN: 9789675272493

Year: 2010

Weight: 0.150 kg

Pages: 154 pp

Price: RM33

Ibn Qutaybah adalah seorang ilmuwan tersohor di dalam kesusasteraan Bahasa Arab. Malah, buku-buku beliau, Adab al-Katib dan Al-Anwa’ masih menjadi bahan rujukan sehingga ke hari ini, tetapi ketokohan Ibn Qutaybah di dalam ilmu kalam tidak diketengahkan.

Penulisan ini ingin menjelaskan bahawa sumbangan beliau di dalam ilmu kalam sangat besar. Ia dapat dilihat melalui penulisan beliau, Ta’wil Mukhtalif al-Hadith. Walaupun buku ini menjuruskan kepada pentakwilan hadis–hadis Rasulullah, tetapi keupayaan beliau untuk menjelaskan isu-isu berkaitan dengan ilmu kalam dengan hadis Rasulullah sangat mengkagumkan.

Hasilnya, beliau berupaya memartabatkan kedudukan hadis Rasulullah sebagai sumber rujukan penting di dalam Islam dan meleraikan kekusutan tentang isu-isu ilmu kalam yang ditimbulkan oleh masyarakat ketika itu. Buku ini juga menjelaskan kepada pembaca metodologi yang tepat bagi menyelesaikan masalah bersangkutan isu kandungan hadis itu sendiri dan juga isu ilmu kalam.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI