​Ketum: Perubatan Moden Dan Perubatan Islam

RM35.00
9789674615390
1 item(s)
+

Ketum: Perubatan Moden Dan Perubatan Islam

Author: Mohammad Fariss Iman Leong Abdullah, Mohd Afifuddin Mohamad, Tan Mei Lan, Nor Aini Saidin, Noor Naemah Abdul Rahman

Publisher: USM Press

ISBN: 9789674615390

Weight: 150g

Pages: 116

Year: 2021

Price: RM35


Ketum merupakan ubat herba tradisional yang telah lama digunakan di Malaysia dan negara jiran, Thailand untuk merawat pelbagai penyakit. Namun, penyalahgunaan ketum untuk tujuan rekreasi semakin berleluasa di Malaysia dan semakin serius. Memandangkan ketum juga berpotensi untuk dijadikan ubat bagi perubatan moden, maka manfaatnya perlu dipertimbangkan sewajarnya di sebalik kemudaratan yang dibawa. Sehingga kini, karya yang membincangkan isu ini masih kekurangan bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia.


Justeru, buku bertajuk Ketum: Perubatan Moden dan Perubatan Islam menghuraikan informasi dan data hasil penyelidikan kolaborasi para penulis, tinjauan ke atas para pengguna ketum di Malaysia dan negara jiran serta kajian ke atas kitab-kitab Islam dan pandangan daripada para ulama secara terperinci. Selain hasil penyelidikan para penulis, buku ini juga menggabungkan hasil penyelidikan terkini para penyelidik dari seluruh dunia. Ia meliputi pelbagai fakta saintifik menarik tentang ketum daripada pelbagai bidang perubatan moden seperti biokimia, fisiologi, anatomi, farmakologi, patologi, psikiatri, psikologi, kardiologi dan perubatan dalaman; bahkan fakta psikososial tentang penggunaan ketum. Seterusnya, buku ini turut membincangkan isu kewajaran ketum untuk digunakan dalam perubatan moden daripada sudut perubatan Islam. Matlamat utama buku ini adalah untuk menyampaikan maklumat, fakta serta pandangan yang terperinci kepada masyarakat tentang manfaat mengoptimumkan penggunaan ketum dalam perubatan moden dan memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kemudaratan akibat penyalahgunaan ketum. Buku ini sesuai dijadikan sebagai rujukan oleh ahli akademik dan pelajar universiti untuk memperoleh maklumat terkini tentang ciri-ciri dan penggunaan ketum memandangkan buku ini disokong dengan fakta-fakta ilmiah yang diperoleh daripada sumber rujukan yang berautoriti dari seluruh pelosok dunia; seterusnya mengisi kekurangan buku ilmiah berkaitan ketum dalam pasaran tempatan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI