Khilafah & Khulafa’ Al-Rashidin: Antara Syura dengan Demokrasi

RM45.00
9789674091989
2 item(s)
+

Khilafah & Khulafa’ Al-Rashidin: Antara Syura dengan Demokrasi

Author: Salim Al-Bahnasawi
Translator: Abu Hasan Azhari
Publisher: Crescent News
ISBN: 9789674091989
Weight: 450 gsm
Pages: 570 m/s
Year: 2025
Price: RM 45

Buku ini hadir sebagai satu usaha murni dalam menegakkan kebenaran dan menolak segala bentuk tohmahan serta pemalsuan yang dilemparkan terhadap generasi agung umat ini-para sahabat Rasulullah SAW, khususnya para Khulafa’ al-Rashidin. Berlandaskan sumber sumber yang muktabar, penulis membongkar dakwaan dakwaan palsu seperti yang dibuat oleh Taha Husain dalam bukunya al-Fitnah al-Kubra (Fitnah Terbesar dalam Sejarah Islam) dan penulis-penulis yang seumpamanya, selain turut diselitkan perbincangan mengenai kedudukan sistem khilafah Islam, perbezaannya dengan pemerintahan teokrasi di Eropah, serta perbezaan utama di antara konsep kedaulatan rakyat dalam sistem demokrasi Barat dengan konsep Islam.

Salim Ali al-Bahnasawi (30 Mei 1932-3 Mac 2006) merupakan seorang pemikir Islam kelahiran Mesir yang pernah menyertai gerakan Islam Ikhwanul Muslimin dan pernah dipenjarakan atas faktor politik selama enam tahun sebelum dibebaskan pada Mei 1971. Meskipun merasai pahit getir penjara pemerintah, beliau tetap berperanan dalam menghadapi arus takfiri dengan turut menyumbang dalam penulisan buku Du’ät Là Qudat (Pendakwah Bukan Penghukum) bersama Hassan al-Hudaybi (1891 1973) , Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin yang kedua selepas Hasan al-Banna. Malah, bukunya al-Hukm wa Qadiyyah Takfir al-Muslim (Pemerintahan dan Fenomena Takfiri) dianggap sebagai rujukan utama di seluruh dunia bagi mereka yang ingin memahami akar pemikiran takfiri.

Beliau telah meninggalkan warisan pemikiran berupa puluhan buah buku yang membincangkan pelbagai isu dalam syariah, undang-undang, ekstremisme, kedudukan wanita, adab berdialog, dan lain-lain. Boleh dikatakan bahawa semenjak pertengahan abad yang lalu, beliau aktif sebagai pendakwah yang menyebarkan pemikiran Islam yang wasatiyyah di seluruh dunia.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI