​Kisah Hamidah Ali

RM30.00
9789670067049
83 item(s)
+

Kisah Hamidah Ali

Author: Aliza Jaafar
Publisher: ILHAM Books
ISBN: 9789670067049
Weight: 
Pages: 126pp
Year: 2023
Price: RM30

Buku ini merupakan goresan pena sebuah kehidupan yang dipenuhi pahit manis namun membahagiakan. Sebuah hikayat hidup yang diangkat dari kisah nyata seorang pembantu rumah yang luas pengalamannya, melangkaui pelbagai negara dan budaya yang mengajarnya erti sebuah kehidupan.

Hamidah Ali dibesarkan dalam sebuah keluarga yang serba kekurangan. Namun, pertemuan beliau dengan emak angkatnya yang merupakan keturunan diraja Kelantan banyak mengubah nasibnya. Pada usia muda beliau, Hamidah Ali berkhidmat sebagai pembantu rumah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia atau kini digelar Duta Besar Malaysia di Perancis, Rusia dan England. Setelah menamatkan perkhidmatan beliau sebagai pembantu rumah di Kedutaan Malaysia, beliau masih setia bekerja sebagai pembantu rumah kepada majikan yang mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza.

Kehidupan beliau sebagai pembantu rumah ada pahit dan manisnya. Tetapi bagi beliau, dirinya ibarat mentimun dengan durian, siapalah beliau untuk melawan mereka yang lebih tinggi kedudukannya.

Beliau seorang yang tidak pandai membaca atau menulis, namun corak kehidupannya begitu cantik. Kisah hidup Hamidah Ali menyerlahkan makna peranan wanita, pengorbanan seorang anak, kehidupan seorang rakyat terpinggir dan perbezaan hidup antara dua darjat. Apabila membaca karya ini, maka pembaca sangat boleh menemukan makna-makna baru. 

Dalam meniti sebuah garis waktu yang merangkak laju, kisah hidup beliau diabadikan di dalam sebuah buku untuk dijadikan media nostalgia yang menyegarkan. Kisah Hamidah merupakan kisah rakyat yang memberi makna kehidupan dan kemanusiaan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI