Kisah Hidup Orang Patani di Malaysia

RM30.00
6 item(s)
+

Kisah Hidup Orang Patani di Malaysia

Author: Isma Ae Mohamad
Publisher: KEA Darul Falah Enterprise
ISBN: 9789671705049
Weight: 0.26 kg
Pages: 258pp
Year: 2021
Price: RM30

Perjanjian Inggeris-Siam dimeterai pada tahun 1909, sekali gus memisahkan Patani dengan Tanah Melayu. Kemudian, Siam berubah menjadi Thailand dengan Patani kekal dalam jajahan takluknya. Manakala Tanah Melayu diberi kemerdekaan oleh British, dan menjadi Malaysia.

Seiring dengan perkembangan semasa, citra negara bangsa di kedua-dua negara semakin jelas kelihatan. Orang Patani diasak menjadi Thai-Muslim. Dalam masa yang sama, peraturan lintas sempadan Thai-Malaysia semakin ketat. Hal ini secara langsung telah mengubah status orang Patani ke Malaysia daripada Melayu dagang kepada orang asing.

"Tahun ini, saya telah menerima seorang pelajar asing pendatang tanpa izin, ketika kerajaan sedang membanteras keberadaan pendatang asing tanpa izin di negara kita." Pengetua sekolah tempat penulis buku ini bersekolah menengah berucap dalam perhimpunan mingguan.

"Kita orang Patani ni, tidak sudah dengan Malaysia juga." Seorang tukang masak yang mulanya bekerja di Malaysia, kemudian bekerja di Bangkok, dan kembali bekerja di Malaysia.

"Kalau gi sor kelamin motong alik Malay, sekali buka duit, boleh 10 ribu ya." Penoreh tua yang membawa semua ahli keluarganya menoreh getah di Gerik, Perak, "Kerja Malay bukan buat kelik pitis, buat kelik ketum. Tauke kedai bagi periuk sor sor soghe buat rebus ketum." Seorang ayah di Patani yang kecewa.

***

Isma Ae Mohamad, penulis yang berasal dari Patani, warganegara Thailand. Beliau membesar serta mendapat pendidikan di Malaysia, dan sekarang menetap di Bangkok. Beliau telah menulis beberapa karya tentang Patani dalam bentuk novel dan cerpen. Manakala 'Orang Patani di Malaysia' adalah karya bukan fiksyen pertamanya.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI