Kit Pemula Ulum Hadith

RM35.00
9789671810057
20 item(s)
+

Kit Pemula Ulum Hadith

Translator: Mohd Nawawi Bin Abdul Razak & Mohamad Hilmi Bin Marjunit
Publisher: Hawzah Fikir
ISBN: 9789671810057
Weight: 
Pages: 
Year: 2022
Price: RM35

Kit Pemula ‘Ulūm Ḥadīth ini merupakan kompilasi bagi tiga karya asas dan utama lagi malar segar bagi bidang ‘Ulūm Ḥadīth.

1. Karya pertama; al-Manzhūmah al-Bayqūniyyah karya ‘Umar bin Muḥammad al-Bayqūnī ditulis dalam bentuk syair sebanyak 34 bait dengan tujuan untuk memudahkan para penuntut ilmu menghafalnya. Karya ini menyatakan sebanyak 34 istilah ḥadīth berserta definisi masing-masing.

2. Karya kedua; Nukhbah al-Fikar fī Muṣṭalaḥ Ahl al-Athar karya Amīr al-Mu’minīn fī al-Ḥadīth al-Ḥāfizh Ibn Ḥajar al-‘Asqalānī. Matan ilmu ini merupakan teks yang paling diterima para ulama kerana kandungannya ringkas dan padat mencakupi segenap aspek dalam bidang ini, justeru ia sesuai digunakan penuntut ilmu daripada setiap peringkat sama ada sebagai asas ataupun bahan ulang kaji.

3. Karya ketiga; Naṣīḥaḥ Ahl al-Ḥadīth karya al-Khaṭīb al-Baghdādī. Ia mengandungi nasihat buat para penuntut ilmu terutamanya dalam bidang ḥadīth ini sendiri. Selaku salah seorang tokoh utama dalam bidang ini, nasihat beliau pastinya kekal relevan kerana mengambil kira pengalaman dan cabaran yang ditempuhi beliau.

***
Antara keistimewaan untuk memiliki buku ini ialah:
1) Boleh digunakan untuk daurah/bengkel tentang ulum hadith. Tiga matan penting dimampatkan dalam satu buku!
2) Sesuai untuk mengulangkaji teks/matan sambil melihat terjemahannya pada bila-bila sahaja.
3) Untuk ahli akademik atau pengkaji bidang pengajian Islam terutamanya hadith dalam bahasa Melayu, buku ini cukup membantu anda untuk menterjemahkan istilah-istilah dengan pantas ketika melakukan kajian anda.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI