Kitab Hadis Arba'in fadani karya Ulama Nusantara di Tanah Suci Syeikh Fadani

RM80.00
2 item(s)
+

Kitab Hadis Arba'in fadani karya Ulama Nusantara di Tanah Suci Syeikh Fadani

Author: Ruzain Syukur Mansor
Publisher: MIUM Press
ISBN: 9789674911426
Weight:
Pages: 
Year: 2001
Price: RM80

Kitab Hadis Arba'in fadani karya Ulama Nusantara di Tanah Suci Syeikh Fadani

Author: Ruzain Syukur Mansor Publisher: MIUM Press ISBN: 9789674911426 Weight: Pages:  Year: 2001 Price: RM80

Kitab Hadis ARBA'IN FĀDĀNĪ Karya Ulama Nusantara di Tanah Suci Syeikh Fädāni dikenali kerana kehebatan ilmunya dalam bidang sanad. Ulama pada zamannya dan muridnya yang ramai di Timur Tengah, India, Pakistan dan Nusantara, menggelar beliau Musnid al-Dunyā yang bermaksud Pakar Sanad Dunia. Dalam 110 karya yang dihasilkan oleh Syeikh Fādānī, 70 daripadanya adalah tentang sanad keilmuan, sama ada sanad dalam bidang hadis mahupun sanad dalam bidang akidah-tauhid, fikah-uşül al-fiqh, akhlak-tasawuf, al-Quran dan ilmu tafsir, bahasa, faraid, ilmu falak dan falsafah. Syeikh Fādānī dikenali dalam periwayatan hadis musalsal, sebuah model periwayatan yang unik dalam tradisi hadis yang tidak digunakan oleh kebanyakan ulama Nusantara. Kitab Hadis Arba in Fādāni: Karya Ulama Nusantara di Tanah Suci ini mengetengahkan sumbangan beliau sebagai ulama besar Nusantara di Tanah Suci pada abad, ke-20. Buku ini memperkenalkan ketokohannya dalam bidang hadis dan disiplin lain melalui karya-karya beliau. Karya penting beliau Al-Arba in al-Buldaniyya yang memuat 40 hadis pilihan dengan segala keistimewaan dan keunikannya dibanding dengan buku hadis arba'in yang lain turut dikupas dalam buku ini.

JANNATUL HUSNA ALI NUAR, PhD ialah Penolong Profesor di Jabatan Ilmu Hadis dan Pascasiswazah Pendidikan Islam, Universiti Ahmad Dahlan, Yogyakarta. Beliau juga merupakan Ketua Jabatan Ilmu Hadis, di kampus berkenaan. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Tafsir Hadis) daripada IAIN Imam Bonjol Padang (2006), Sarjana Usuluddin (Hadis) daripada Universiti Malaya (2010), dan Doktor Falsafah (Hadis) daripada Universiti Brunei Darussalam (2016). Beliau amat berminat terhadap Pengajian Hadis di Nusantara, Kitab Syarah Hadis, Ilmu Ma'ani al-Hadis, dan Ilmu Rijal al-Hadis.

GAMAL ABDUL NASIR ZAKARIA, PhD ialah Penolong Kanan Profesor dalam bidang Pendidikan Islam dan Pengajaran Bahasa Arab di Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah dan Pusat Pengajian Islam Sultan Omar Ali Saifuddien, Universiti Brunei Darussalam. Beliau telah menghasilkan lebih 10 buah buku Pendidikan Islam dan Pengajaran Bahasa Arab, dan hampir 30 artikel yang diterbitkan di beberapa jurnal antarabangsa berprestij.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI