Kitab Ihya'' Ulumuddin Menghidupkan Ilmu Agama (Imam Al-Ghazali): Adab Membaca Al-Quran

RM80.00
9789670037592
5 item(s)
+

Kitab Ihya' Ulumuddin Menghidupkan Ilmu Agama (Imam Al-Ghazali): Adab Membaca Al-Quran, Zikir & Wirid Harian - Jilid 5

Author: Abū Ḥāmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazālī 
Publisher: Inisiatif Buku Darul Ehsan
ISBN:  9789670037592
Weight: 0.5 kg
Pages: 
Year: 2024
Price: RM80

Kitab Adab Membaca al-Quran, Zikir dan Wirid Harian daripada Iḥyāʾ ʿUlūm ad-Dīn menjelaskan kedudukan al-Quran dan zikir selaku ibadah lisan serta adab-adab mengerjakannya. Wirid harian yang dimaksudkan dalam Iḥyāʾ ʿUlūm ad-Dīn pula merujuk kepada jadual ibadah harian yang meliputi ibadah mana-mana anggota badan termasuklah lisan. Memandangkan keadaan dan kelapangan masa setiap individu berbeza-beza, maka Imam al-Ghazālī membahagikan manusia yang ingin menelusuri jalan akhirat kepada enam golongan utama agar semua orang berpeluang mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan pelbagai cara.Blurb kekal

Biodata Imam Al-Ghazali
Abū Ḥāmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazālī (450H-505H) adalah ilmuwan Islam penting yang hidup pada kurun ke-5 Hijrah. Beliau digelar al-Mujaddid, al-Imām dan Ḥujjah al-Islām dek keluasan ilmunya. Beliau menghasilkan banyak karya agung yang masyhur dan mencakupi pelbagai bidang.

Iḥyāʾ ʿUlum ad-Dīn adalah mahakarya Imām al-Ghazālī. Ia mengandungi 40 buah kitab yang dikumpulkan dalam empat bahagian: Suku Ibadat, Suku Adat, Suku Muhlikat dan Suku Munjiyat. Dengan memberikan tumpuan kepada unsur kerohanian, Al-Imam mengarang Ihya’ ketika berkelana di beberapa negara selepas meninggalkan jawatan dan kemasyhuran di Baghdad.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI