​Kitab Perubatan Melayu: Rumah Ubat di Pulau Penyengat

RM35.00
9789671571613
2 item(s)
+

Kitab Perubatan Melayu: Rumah Ubat di Pulau Penyengat

Author: Raja Ḥāji Aḥmad ibni Raja Ḥasan al-Ḥāj, Ṭabīb Diraja Kesulṭānan Riau

Publisher: Klasika Media

ISBN: 9789671571613

Year: 2018

Weight: 0.250 kg

Pages: 90 pp

Price: RM35

Pengenalan, Perūmīan dan Analisis oleh

Dr Mohd Affendi Mohd Shafri

Keistimewaan terbitan kami:

- dilengkapi dengan perūmīan bernota kaki, senarai ubatan dan formulasi, senarai penyakit dan kitāb

- naskhah Jāwī dilampirkan

- cetakan warna pada kertas bermutu tinggi

- latarbelakang kegiatan keilmuan dan amalan perubatan di Pulau Penyengat

Ringkasan:

Sebuah daftar ramuan ubatan dan daftar aturan menggunakan khidmat tukang ubat atau ṭabīb atau doktor. Walaupun naskhah ini kelihatan ringkas, tetapi ia penting dinilai kerana keunikannya sebagai naskhah perubatan Melayu yang terawal dicetak, dan oleh Percetakan Riyauwiyah iaitu salah satu rumah cetak kepunyaan orang Melayu yang terawal pula. Selain itu, penulisnya adalah seorang ṭabīb diraja Keṣultanan Riau yang bergiat aktif dalam penulisan dan persatuan seperti Kelab Rushdiyah. Beberapa aspek penting naskhah ini termasuklah memberikan sedikit gambaran tentang tataamalan seorang doktor Melayu di Riau, cabaran yang dihadapinya secara logistik dan penyakit-penyakit yang sering ditemui mashārakat ketika itu.

Keistimewaan kitab ini:

Rumah Ubat di Pulau Penyengat dicetak di Matba‘ah Riauwiyah di Pulau Penyengat pada tahun 1894, menjadikannya sebagai naskhah bercetak perubatan Melayu yang tertua sekali di alam Melayu, iaitu setahun lebih awwal daripada tarikh tercetaknya naskhah Ṭayyib al-Iḥsān fī Ṭibb al-Insān karya Shaykh Aḥmad al-Faṭānī (1895).

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI