Klian Intan: Perlombongan Bijih Timah dan Perkembangan Sosioekonomi
Author: Mohamad Rashidi Pakri, Nik Haslinda Nik Hussain
Publisher: Penerbit USM
ISBN: 9789674611415
Weight: 0.3 kg
Pages: 184pp
Year: 2017
Price: RM34
Pernahkah anda mendengar nama Klian Intan, Perak dan Rahman Hydraulic Tin Limited (RHTL)? Ramai dalam kalangan orang Perak sendiri pun tidak pernah mendengarnya. Justeru, buku ini akan membawa pembaca menelusuri sejarah perlombongan bijih timah dan sosioekonomi klian Intan pada tahun 1900-an supaya lebih ramai sedar akan sumbangan ekonomi bijih timahnya kepada negara suatu masa dahulu. Dengan tertubuhnya Syarikat RHTL pada tahun 1907, ia telah memberi impak dan sumbangan yang seimbang dalam aspek sosioekonomi dan sosial di kawasan tersebut. Kegiatan perlombongan di Klian Intan telah membawa kepada peningkatan jumlah penduduk yang terdiri daripada berbilang bangsa, malah mampu mengekalkan keharmonian dan perpaduan antara kaum.