Komentari Tema Utama Dalam Al-Quran

RM65.00
9789670526324
Out of stock

Komentari Tema Utama Dalam Al-Quran

Penulis: Shaykh Muhammad al-Ghazali

Penterjemah: Nyak Azhar Ali

Penerbit: Neaad Ikhlas

Halaman: 891 m/s

ISBN: 9789670526324

Umat Islam diseru, bersama dengan kesemua umat manusia, untuk 'membaca' dua buah kitab yang amat hebat sekali, iaitu wahyu suci Al-Quran dan ciptaan kejadian alam semesta. 'Membaca' hanya satu sahaja tanpa yang satu lagi akan mengakibatkan ketidakseimbangan yang akan membahayakan kewujudan, kesejahteraan dan keselamatan umat manusia di atas muka bumi, dan sebenar-benarnya menyalahi tujuan suci Ilahi mencipta alam semesta ini.

Buku Komentari Tema Utama oleh almarhum Syaykh al-Ghazali adalah sumbangan yang amat bermakna sekali bagi bacaan pertama, yakni Al-Quran Maha Suci - yang terkandung di dalamnya kebenaran Ilahi dan ilmu petunjuk yang Maha Jelas. Tentu sekali terdapat begitu banyak hasil usaha dan karya tafsiran Al-Quran yang Maha Suci. Walaupun ulama dan ilmuan dahulu telah sungguh gigih berusaha untuk menjelaskna pelbagai aspek tatabahasa, sejarah dan keajaiban kebenaran Al-Quran yang Maha Suci yang sungguh menakjubkan, namun sumbangan al-Ghazali agak unik dan kontemporari dalam erti kata ia menumpukan pada kejituan tema utama setiap surah dengan menonjolkan keunggulannya dan fitrah kebenaran yang saling menyeru dan melengkapi pelbagai petunjuk ajaran dan bayangan gambarannya yang Maha Besar.

Dan sampai bila pun tidak akan ada penjelasan dan tafsiran yang lengkap sempurna untuk memahami sepenuhnya Perutusan Wahyu Maha Suci Al-Quran. Al-Tafsir al Mawdu'i asalnya telah diterbitkan di dalam bahasa Arb dalam tiga buah buku. IIIT telah menterjemah dan menerbitkan kedua buah buku pertama itu secara berasingan pada tahun 1997 dan 1999. Buku yang ada sekarang menggabungkan kesemua ketiga buah buku itu dalam satu naskah. Semoga buku ini akan menjadi teman setia yang membantu segala usaha untuk lebih mengerti dan lebih taat mengikut Al-Quran yang Maha Suci.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI