Kompas Kepimpinan Daripada Madrasah Al-Quran
Author: Muhammad Syaari Abdul Rahman & Fakhrul Islam
Publisher: PTS Publishing House
ISBN: 9786297564326
Weight:
Pages: 285pp
Year: 2023
Price: RM40
Intipati kepimpinan yang baik itu sebenarnya terhasil daripada prinsip dan nilai yang dicorak dalam proses pembentukan seorang pemimpin yang baik.
Kompas Kepimpinan daripada Madrasah Al-Quran lebih bertumpu kepada formula-formula dan intipati kepimpinan al-Quran menerusi sosok kepimpinan Nabi Sulaiman a.s. dalam surah an-Naml yang kemudiannya dipraktikkan oleh Sultan Muhammad II atau lebih dikenali dengan Sultan Muhammad Al-Fateh melalui kajian sejarah Uthmaniyyah.
Istimewanya karya ini dalam menghubungkan dua tokoh yang sering dilihat asing dan jauh kerana keagungan dan kekuatan yang berjaya dicapai pada zaman masing-masing. Karya ini membawakan konsep penting yang menhubungkan dua disiplin ilmu iaitu al-Quran dan sejarah, pada peristiwa lampau dan realiti.
Karya ini berhasrat mendefinisikan ibrah kepimpinan daripada prinsip-prinsip al-Quran yang bertujuan membentuk keperibadian muslim profesional melalui akronim F-A-T-E-H
F- Futuristic
A- Active
T- Teamwork
E- Enlightment
H- Humanity
Semoga buku ini mampu memberikan nafas baru kepada seluruh masyarakat Islam khususnya para pengkaji al-Quran dan sejarah tokoh-tokoh besar Islam dengan persembahan yang berbeza dan interaktif. Diharapkan buku ini juga merangsang semangat pembaca bagi mewujudkan semangat dan peribadi unggul seperti tokoh-tokoh kepimpinan Islam yang terdidik dengan prinsip-prinsip Al-Quran sekaligus menghidupkan kembali kehebatan dan kegemilangan Islam yang pernah dicapai suatu masa dahulu.