Komrad Asi (ReJimen 10): Dalam Denyut Nihilisme Sejarah

RM32.00
9789670311883
6 item(s)
+

Komrad Asi (ReJimen 10): Dalam Denyut Nihilisme Sejarah

Author: Aziz Suriani
Publisher: Gerakbudaya Enterprise
ISBN: 9789670311883
Weight: 
Pages: 239pp
Year: 2022
Price: RM32

Politik selalu digambarkan sebagai sebuah lukisan yang kotor. Justeru kerana ini juga wajah kenyataan sejarah sesuatu bangsa selalu menjadi tidak jernih.

Buku ini adalah tentang Asi seorang kanak-kanak berketurunan India dari sebuah estet milik penjajah. Dia pernah terlibat sebagai penghantar surat rahsia antara aktivis bawah tanah PKM semasa darurat antara 1948-1950. Pada usia 10 tahun, dia dikehendaki oleh pihak penjajah kerana kegiatannya yang dianggap subversif.

Pada suatu petang, rumahnya telah dikepung dan digeledah. Ayahnya ditangkap dan diseksa. Kemudian, dia dikehendaki menyerah diri. Menyedari dia dikehendaki oleh askar British, dia telah melarikan diri. Sejak petang itu, dia meninggalkan rumah dan tidak lagi ke sekolah. Asi menjadi antara individu yang diburu dan berada di hutan sebagai gerila selama 39 tahun.
Dari sebuah ladang getah di Sungai Siput, dia menyeberang ke hutan, kemudian telah menyertai Pasukan India pimpinan Kaatu Perumal di kawasan Sungai Siput. Oleh kerana pergolakan yang terjadi dalam pasukan serta kesulitan mendapat makanan semasa Rancangan Briggs pasukan ini telah dilumpuhkan oleh askar-askar Gurkha. Ramai anggotanya ditangkap dan dibunuh dalam satu serang hendap. Pasukan ini telah dibubar pada tahun 1957. Asi yang terselamat daripada sasaran peluru askar Gurkha itu kemudiannya berpindah ke sempadan dan menyertai Regimen Ke-10 pimpinan Abdullah C.D. hinggalah Perjanjian Damai Hatyai 1989.

Kejayaan pihak kolonial British menghancurkan Pasukan India dan aktivis-aktivis trade union selepas Darurat pada 18 Jun 1948 telah memberi kejayaan besar kepada kolonial British memulihkan industri getah yang menjadi punca ekonomi Great Britain selepas tewas dalam Perang Dunia Ke-2.

Selepas gagalnya Rundingan Baling 1955 dan Malaya merdeka pada tahun 1957, Asi terus berada di hutan sebagai gerila meneruskan keyakinannya melawan neokolonialisme yang dikawal secara sistematik oleh BMA telah menempuh pertempuran demi pertempuran sebagai komunis Tamil terakhir Malaya.

Tentang Penulis


Aziz Suriani, dilahirkan pada 1 Julai 1959 di Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan dalam bidang pengajian Ekonomi dan Ilmu Politik. Seorang penulis dan penyelidik, sentiasa di sempadan daerah baru membina weltanschauung seimbang, multibudaya, konflik geopolitik, agama dan kemanusiaan. Beliau juga pembaca intim jalur kiri sejarah Malaysia, kembaranya merakam pengalaman tokoh kiri dari Malaysia dan Thailand dan Singapura. Penyelidikannya bersifat mandiri, terkini menyeberangi Fintech Industry “The Revolutionary New Interface” China-Singapura 2018-2022, tentang kemunculan Order Baru Dunia selepas 2022 yang bersifat multipolar. Saudara Aziz Suriani kini adalah Penyelidik separuh masa Projek Nasionalisme Malaysia di Era Perang Dingin 1951-1989 di Universiti Malaya.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI