Konfrontasi Malaysia Indonesia
Author: Nik Anuar Nik Mahmud
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789679424537
Year: 2009
Weight:
Pages: 254 ms
Price: RM40
Konfrontasi Malaysia-Indonesia terjadi ekoran daripada persetujuan Tunku dengan MacMillan untuk menubuhkan Malaysia yang mengandungi Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah (Borneo Utara) pada 31 Ogos 1963. Indonesia menganggap penubuhan Malaysia sebagai helah kuasa barat untuk memencil, mengepung dan memecah Indonesia. Justeru, Penubuhan Malaysia dibantah dan konfrontasi dilancarkan. Turut menentang penubuhan Malaysia ialah Filpina, rakan sekutu dalam ASA. Namun begitu, kebijaksanaan barisan pemimpin negara di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman telah Berjaya menyelamatkan negara daripada bencana perang dengan bangsa serumpun. Hasil rundingan cemerlang antara Tun Abdul Razak dan Tan Sri Ghazalie Shafie dengan Tun Adam Malik, Menteri Luar Indonesia dan Jeneral Ali Moertopo di Bangkok dan Jakarta, konfrontasi Malaysia-Indonesia telah tamat.