Konsep dan Pelaksanaan Jihad bagi Wanita dari Perspektif Sarjana Islam dan Barat
Author: Shahidatul Ashikin Shahran, Najah Nadiah Amran dan Latifah Abdul Majid
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786297547114
Weight: kg
Pages: 227 m/s
Year: 2023
Price: RM35
Tiga karya sarjana Barat yang membincangkan konsep, bentuk dan bidang jihad bagi kaum wanita telah dikupas dalam buku ini. Buku ini bertujuan mengetengahkan dan meneroka paradigma dan kritikan mereka terhadap konsep jihad dari dunia akademik Barat sekaligus meninjau pendirian mereka. Analisis dan perbincangan dikemukakan secara komparatif dengan berteraskan kepada panduan Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Rentetan daripada peristiwa 11 September 2009, konsep jihad sering menjadi tumpuan perbahasan dan mencetuskan kontroversi. Malah, wujud pihak yang menggunakan jihad sebagai lesen yang menghalalkan gerakan dan tindakan mereka malah memanupulasi konsep jihad atas nama agama untuk menarik minat orang ramai khususnya kaum wanita untuk terlibat dengan kegiatan yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenarnya. Kaum wanita khususnya terlibat dalam pelbagai bidang pekerjaan dan profesion. Penglibatan mereka sama ada di peringkat domestik, medan masyarakat, kepimpinan organisasi dan perniagaan serta juga sektor perkhidmatan lain seperti dalam pendidikan, perubatan, keselamatan awam dan sosial semuanya termasuk dalam lapangan jihad yang dituntut oleh agama. Oleh itu terdapat pelbagai bidang jihad yang boleh diceburi oleh wanita. Malah menerusi perbincangan-perbincangan para sarjana Islam dan juga Barat, jihad boleh berevolusi mengikut kesesuaian semasa terutamanya dalam konteks moden.