Konsep Paraclete Dalam Teologi Kristian dan Akidah Islam
Author: Mohd Safri Ali, Mohamad Zaidan Mat @ Mohamad & Zawawi Yusoff
Publisher: Penerbit UNISZA
ISBN : 9789670899558
Year: 2017
Weight:
Pages: 158
Price : RM45
Buku ini menjelaskan tentang tilik peetemuan dan perbezaan antara akidah Islam dan teologi Kristian mengenai terma Paraclete. Terma ini jarang diketengahkan oleh sarjana Muslim secara komprehensif meskipun perbincangan mengenainya pernah dilahirkan oleh beberapa orang ulama tafsir. Antaranya ialah al-Imam al-Tabari dan al-Imam al-Fakhr al-Razi dalam kitab tafsir mereka. Bagi sarjana Muslim, mereka secara keseluruhannya sepakat menyatakan Paraclete yang disebut dalam Bible John adalah relevan dikhususkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Sementara itu, sarjana Kristian mempunyai pelbagai tafsiran dan pendapat mengenai terma Paraclete ini. Dalam tulisan mereka, kebannyakkannya menegaskan terma itu adalah khusus kepada Nabi Isa a.s atau Jesus dan the Holy Spirit. Pada masa yang sama, sarjana Kristian menterjemahkan terma itu kepada beberapa makna. Antaranya ialah sebagai penenang Hati, Pembela dan Penolong.
Buku ini amat sesuai dibaca oleh semua golongan terutama para pelajar, penuntut ilmu, pengkaji dan penyelidik yang ingin mendalami kajian perbandingan agama antara Islam dan Kristian.