Konsep Tazkiyat al-Nafs dan Kesejahteraan Jiwa al-Muhasibi
Author: Abu Dardaa Mohamad, Salasiah Hanin Hamjah & Ahmad Irdha Mokhtar
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672519232
Weight: 0.362
Pages: 242pp
Year: 2022
Price: RM25.00
Takziyat al-nafs ialah suatu proses pendidikan dan penyucian jiwa seseorang manusia menurut Islam bagi mencapai kesejahteraan. Buku ini ditulis untuk memberi gambaran kepada pembaca mengenai konsep penyucian jiwa menurut al-Harith bin Asad al-Muhasibi yang telah digabung dan disusun daripada beberapa tulisan beliau yang berlainan. Buku ini juga ditulis atas kesedaran bahawa konsep tazkiyat al-nafs al-Muhasibi adalah antara konsep penyucian jiwa yang terawal di dalam Islam yang menjadi asas kepada perbahasan-perbahasan mengenainya setelah itu. Buku ini digarap berasaskan pendekatan teori dan praktis di mana selain daripada penjelasan mengenai tema-tema penyucian jiwa, pembaca juga disajikan dengan saranan-saranan penyucian jiwa sebagai jalan mencapai jiwa yang sejahtera. la juga disusun menurut turutan keutamaan dalam proses tazkiyat al-nafs menurut al-Muhasibi bagi memudahkan pembaca mendapat gambaran yang jelas. Oleh itu, diharapkan buku ini dapat membantu pencinta kesejahteraan jiwa atau yang mencari panduan mencapai kesejahteraan jiwa berasaskan Islam.