Kosa Kata Kerja Berimbuhan Arab: Teori dan Instrumentasi
Author: Hasnurol Hashim, Kaseh Abu Bakar, Maheram Ahmad
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294863293
Weight: 262 gsm
Pages: 169 pp
Year: 2024
Price: RM34
Morfologi Arab lebih kompleks berbanding morfologi bahasa lain.
Hal ini kerana sistem morfologinya adalah berasaskan kepada kata akar dan pelbagai lapisan proses derivasi.
Semakin banyak perubahan struktur dalaman sesuatu perkataan, semakin sukar bagi pelajar
untuk mengenal pasti struktur akar, yang melambatkan penguasaan
kosa kata dan perkembangan kemahiran bahasa. Buku ini mengupas teori dan pembinaan instrumentasi mengenai bahasa fleksi seperti bahasa Arab menerusi bidang morfologinya.
Melalui buku ini, penulis menghuraikan jenis-jenis kosa kata imbuhan Arab yang sukar dikuasai oleh pelajar serta mengemukakan hierarki kosa kata imbuhan mengikut tahap kesukarannya. Implikasi turut dijelaskan mengenai kepentingan penguasaan struktur dalaman kata imbuhan.
Semoga buku ini memberi nafas baharu dalam bidang bahasa Arab seiring dengan peranannya sebagai salah satu bahasa utama di Malaysia.