Krisis Pelarian Syria Di Turki Perpektif Organisasi Kemanusiaan Malaysia

RM30.00
9786294860087
3 item(s)
+

Krisis Pelarian Syria Di Turki Perpektif Organisasi Kemanusiaan Malaysia

Author: Mohd Irwan Syazli Saidin & Athirah Qistina Rostam Affandi
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294860087
Weight: 0.4
Pages:171pp
Year: 2023
Price: RM30

Buku ini secara umum meneroka isu hak asasi manusia (IAM) yang berlaku dalam kalangan pelarian Syria di Turki menerusi perspektif organisasi kemanusiaan atau badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia, iaitu Majlis Perundingan Perpaduan Islam Malaysia (MAPIM), Global Peace Mission Malaysia (GPM) dan Mercy Medical Relief Society Malaysia (MERCY Malaysia). Sejak bermulanya konflik di Syria pasca-Arab Spring 2011, dunia berhadapan dengan krisis kemanusiaan yang terburuk apabila jutaan rakyat Syria telah kehilangan tempat tinggal sehingga terpaksa menjadi pelarian di negara lain. Turki merupakan negara yang menerima pelarian Syria paling tertinggi di dunia dan telah membelanjakan lebih daripada USD 40 bilion untuk menampung keperluan mereka.

Meskipun pelbagai usaha dilaksanakan oleh kerajaan Turki, terdapat laporan yang dikeluarkan oleh beberapa media antarabangsa yang mendakwa berlakunya pencabulan HAM dalam kalangan pelarian Syria di Turki khususnya di kem pelarian kelolaan kerajaan. Perkara ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh kerajaan Turki yang turut diperkuatkan oleh laporan agensi kemanusiaan dan media tempatan. Ketidakseimbangan laporan yang bersifat pro-Turki dan anti-Turki ini telah menimbulkan keraguan dan tanda tanya tentang kesahihan situasi sebenar berhubung isu pencabulan HAM yang berlaku dalam kalangan pelarian Syria di Turki.

Justeru, buku ini yang juga hasil peruntukan Dana Penyelidikan Geran Galakan Penyelidik Muda Universiti Kebangsaan Malaysia (GGPM 2020-042) bertajuk "Perspektif, Cabaran dan Sumbangan Organisasi Kemanusiaan Malaysia MAPIM, GPMM dan MERCY terhadap krisis pelarian Syria di Turki" dan Dana Penerbitan Buku Universiti Kebangsaan Malaysia (DPB-2022-123) merungkai polemik krisis yang berlaku menerusi perspektif dan pengalaman aktivis kemanusiaan Malaysia yang dilihat bersifat neutral, bebas serta tidak berkepentingan. Matlamat utama buku ini ditulis adalah untuk meneroka isu kemanusiaan yang dihadapi oleh Delarian Syria yang menetap dalam kem-kem pelarian di Turki menurut sudut pandang NGO Malaysia yang terlibat secara langsung disana. Ia juga dilakukan bagi memenuhi kelompongan penulisan lepas yang diterbitkan wang mana penulisan tersebut dipelopori oleh para sarjana Turki dan 10 Krisis Pelarian Syria di Turks Perspektif Organisasi Kemanusiaan Malaysia

Barat yang memberi gambaran bersifat berat sebelah sama ada kerajaan Turki mahupun pertubuhan antarabangsa. Pendekatan kualitatif menerusi kaedah temu bual separa berstrukt dengan wakil aktivis Majlis Perundingan Perpaduan Islam (MAPIM), Global Peace Mission Malaysia (GPM) dan MERCY Malaysia terlibat secara langsung dalam misi kemanusiaan di Syria telah dijalankan di samping pertemuan bersama pelarian Syria di Malaysia.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI