Krisis Wacana: Identiti Seni Bina Malaysia
Author: Kamarul Afizi Kosman
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789679428810
Weight:
Pages: 179
Year: 2009
Price: RM35
Penerbitan Krisis Wacana: Identiti Seni Bina Malaysia amat kena pada masanya memandangkan kurangnya penulisan berkaitan isu identiti seni bina Malaysia pada hari ini. Walaupun pada sesetengah pihak perbincangan isu ini sudah dianggap tidak relevan namun punca kegagalan memartabatkan identiti seni bina nasional seharusnya dibincangkan dari pelbagai sudut agar perlaksanaan agenda sedemikian di masa hadapan tidak mengalami nasib yang sama.
Fokus perbincangan buku ini berlainan sedikit berbanding dengan kebiasaan iaitu melihat sejauh mana permasalahan penyebaran idea seni bina kepada masyarakat melalui penerbitan telah menyumbang kepada berlakunya krisis identiti seni bina di Malaysia. Perbincangannya yang dimuatkan dalam sepuluh bab merangkumi pelbagai aspek yang saling berkaitan terhadap perbincangan pokok iaitu krisis wacana identiti seni bina nasional yang akhirnya membawa kepada cadangan pelan tindakan penyebaran idea seni bina Malaysia di masa hadapan.
Justeru, kupasan di dalam buku ini amat berguna kepada pelajar dan masyarakat umum yang ingin memahami dengan lebih mendalam tentang krisis identiti seni bina nasional, beberapa sebab kewujudannya dan kesannya terhadap kehidupan seharian mereka.
Krisis identiti seni bina Malaysia yang wujud sejak empat deka yang lalu mengundang pelbagai kritikan dan pandangan dari tokoh seni bina di negara ini. Masalah penyebaran idea seni bina melalui penerbitan dikatakan antara punca wujudnya krisis identiti seni bina tersebut.