Kualiti Penandaan Guru Dalam Pentaksiran Pendidikan

RM35.00
9786297547084
2 item(s)
+

Kualiti Penandaan Guru Dalam Pentaksiran Pendidikan

Author: Muhammad Firdaus Mohd Noh & Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore
Publisher: UKM Press
ISBN:9786297547084
Weight: 0.208
Pages: 131pp
Year: 2023
Price: RM35.00

Penggunaan item subjektif yang ditanda secara subjektif dalam pengujian bahasa memberi kebebasan kepada guru-guru untuk menggunakan pertimbangan mereka semasa menanda. Kebebasan tersebut membuka ruang kepada wujudnya penandaan yang tidak seragam dan menyalahi prinsip pentaksiran yang baik. Walau bagaimanapun, kualiti penandaan guru jarang sekali dinilai khususnya dalam ujian lisan pentaksiran bahasa. Pengaplikasian model pengukuran Rasch pelbagai faset (MFRM) mampu meneliti perbezaan kualiti penandaan yang dihasilkan oleh guru selaku pentaksir. Pelbagai indikator digunakan bagi menentukan sejauh mana penandaan mampu mencapai prinsip-prinsip pentaksiran yang baik dan tepat dari sudut psikometrik. Justeru, buku Kualiti Penandaan Guru Dalam Pentaksiran Pendidikan ini membincangkan secara khusus kesan kepelbagaian latar belakang pentaksir terhadap kualiti penandaan yang dihasilkan. Selain itu, buku ini turut mengutarakan isu berkenaan bias yang wujud antara pentaksir dan elemen-elemen pentaksiran yang lain termasuklah calon pelajar, item soalan dan domain pengukuran. Buku ini amat sesuai untuk digunakan oleh guru, pensyarah dan individu yang berminat dengan penandaan dalam pentaksiran pendidikan. Buku ini juga boleh dijadikan rujukan dalam memahami bagaimana seseorang pentaksir atau guru boleh menghasilkan penandaan yang berkualiti. Akhir sekali, terima kasih kepada pihak pengurusan Fakulti Pendidikan, UKM yang memberi Dana Penerbitan Buku Fakulti Pendidikan dengan kod geran: GP-2021-K021854 sehingga buku ini berjaya diterbitkan.


Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI