Kumpulan Esei Persuratan: Perihal Pendemokrasian Sastera
Author: Abang Patdeli Abang Muhi
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 9789834932114
Weight:
Pages: 275
Year: 2021
Price: RM27
Kumpulan Esei Persuratan: Perihal Pendemokrasian Sastera, hasil penulisan Abang Patdeli Abang Muhi, seorang penulis, eseis dan pengkritik yang versatil serta prolifik dalam bidang bahasa dan sastera. Buku ini menghimpunkan 15 buah esei dan kritikan sastera terhadap karya yang dihasilkan oleh para pengarang Sarawak. Penulis membuat kritikan karya sastera daripada pelbagai genre, termasuklah mauduk tentang kesusasteraan tradisional dan persoalan berkaitan dengan prinsip dan konsep istilah kesusasteraan seperti sastera kebangsaan, sastera Melayu, sastera ibunda, sastera etnik, sastera arus perdana, dan sastera eksklusif. Kesemua hasil kritikan karya sastera ini menyerlahkan lagi sumbangan besar pengarang Sarawak dalam memperkembang lagi kesusasteraan kebangsaan sebagai satu daripada teras pembinaan peradaban bangsa.