Kumpulan Pilihan Rencana Lu Xun

RM50.00
9789670076331
5 item(s)
+

Kumpulan Pilihan Rencana Lu Xun

Author: Lu Xun
Translator: Lee Ban Chen
Publisher: Gerakbudaya
ISBN: 9789670076331
Weight: 
Pages: 
Year: 
Price: RM50

CHONG FAH HING: “…Justeru, tidaklah keterlaluan menggelar Ban Chen sebagai intelek kiri. Bermula dari penterjemahan karya Lu Xun, langsung menyerlahkan tekad beliau mengkritik aparat kuasa yang bongkak, dan sikap Ban Chen pantang berkompromi. Andaikata terjemahan boleh disifatkan sebagai kerja kreatif, maka pemilihan teks terjemahan boleh disamakan dengan garapan bahan penulisan…”

ZIN MAHMUD: “Karya Lu Xun turut mempengaruhi banyak orang muda China dan mereka yang berbahasa Tionghua di Asia Tenggara khususnya Singapura dan Malaya. Lee Ban Chen yang merupakan anak muda pada tahun 1960-an menyambut pemikiran Lu Xun. Di Malaysia tentulah anak-anak muda yang boleh membaca bahasa Tionghua dengan mudah boleh mengetahui pemikiran Lu Xun. Tetapi ia tidak akan diketahui oleh rakyat Malaysia yang tidak menguasai bahasa Tionghua. Di sinilah sumbangan terjemahan buku ini kepada negara ini dan rakyatnya.”

LIM HONG SIANG: “Malaysia memerlukan sasterawan, pemikir, pengkritik, pendidik yang berani mempersoalkan dogma dan doktrin yang sekian lama tersemai dalam jiwa masyarakat ini… Dalam erti kata lain, kita memerlukan Lu Xun baru di Malaysia. Di sini terserlahnya nilai terjemahan karya Lu Xun oleh Ban Chen, yang tidak luput sungguhpun 50 tahun berlalu.”


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI