Kuntum Harapan: Antologi Cerpen Sempena Covid 19

RM30.00
9789672378457
1 item(s)
+

Kuntum Harapan: Antologi Cerpen Sempena Covid 19

Editor: Munsyi Mohamad Musip & Nurul Syahida Hassan
Publisher: Syahida Hassan Enterprise
ISBN: 9789672378457
Weight: 
Pages: 145
Year: 2021
Price: RM30

Kehidupan seperti tunas yang bercambah. Adakala faktor sinar sahaja tidak mencukupi untuk menumbuhkan benih yang ditabur. Begitu juga Kuntum Harapan yang memerlukan kekuatan dalaman untuk menumbuhkan semangat juang dalam diri menghadapai wabak COVID-19 yang semakin mengganas. Bukan sahaja ekonomi masyarakat terjejas, hubungan sosial, mental dan rohani diri masyarakat juga muka terjejas. Dalam menghadapi wabak pandemik ini, kita umpakan diri seperti benih yang terperusuk dalam tanah yang gelap. Di situlah perlunya jiwa yang kental, semangat setiakawan, sokongan padu daripada semua anggota masyarakat dan kebersamaan dalam meneruskan perjuangan hidup. Garapan 13 buah cerpen yang pelbagai kisah ibarat taman yang ditumbuhi aneka tumbuhan berwarna-warni. Kesemuanya disemai elok, dibajai dengan plot yang menarik dan disiram dengan bahasa nan elok, dibelai pula oleh penyunting yang juga Munsyi Dewan Bahasa; Tuan Mohamad Hj. Musip dan telah membimbing para penulis bagi menghasilkan karya yang lebih bermutu meliputi aspek tatabahasa, olahan plot dan penggunaan bahasa yang indah.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI