LANDASAN MATEMATIK

RM30.00
9786294 862500
1 item(s)
+

LANDASAN MATEMATIK

Author: MOHD SALMI MD NOORANI
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294862500
Weight: 228 gsm
Pages: 146 m/s
Year: 2024
Price: RM 30.00

Buku Landasan Matematik ini, yang sesuai digunakan oleh kesemua pelajar universiti tahun pertama dalam bidang sains matematik di Malaysia, mengandungi bahan asas matematik universiti yang bertujuan menjadi jambatan antara matematik sekolah dengan matematik peringkat tinggi. Malah buku ini terhasil dari bahan-bahan kuliah bagi kursus yang sama namanya (STOM1213 Landasan Matematik) diajar di Universiti Kebangsaan Malaysia sejak tujuh tahun yang lampau. Berbeza dengan matematik sekolah yang menekankan pengiraan dan penyelesaian khusus terhadap masalah-masalah, matematik universiti menerusi proses pengitlakan dan pengabstrakan memfokus kepada pembentukan pemikiran dan minda matematik yang lebih am dalam menangani masalah sebegitu. Perbezaan ini menyebabkan ramai pelajar terkesan hingga menyebabkan mereka hilang arah serta boleh melemahkan semangat mereka untuk terus cemerlang dalam subjek ini di universiti. Buku Landasan Matematik yang kandungannya adalah bahan asas matematik di universiti bertujuan untuk membantu pelajar dalam hal ini dengan bertindak sebagai jambatan antara matematik sekolah dengan matematik universiti. Khususnya, walaupun sebahagian besar topik dalam buku ini telah disentuh di peringkat sekolah, topik tersebut akan dilihat semula dengan kaca mata berbeza yang mengutamakan sifat am, kerapian serta ketelitian. Pendekatan yang dipaparkan dalam buku ini diharap dapat membantu para pelajar menyesuaikan diri dengan pembelajaran matematik di universiti seterusnya menyuburkan minat pelajar dalam subjek ini untuk maju bersama sains matematik.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI