​Lebih Baik Pendam Saja

RM35.00
9786297665634
5 item(s)
+

Lebih Baik Pendam Saja

Author: Mimie Rahman & Syahira Hozami
Publisher: Iman Publication
ISBN: 9786297665634
Weight: 500 gsm
Pages: 243 m/s
Year: 2025
Price: RM 35.00

“Aku tak okey, tapi aku kena okey.”

Mungkin kita pernah melalui saat-saat di mana, apabila kita cuba berkongsi perasaan, realitinya hanya respons sebegini yang diterima.

“Orang lain pun ada masalah. Hidup orang lain lagi susah.”

"Ala, kau sabarlah sikit. Nanti okeylah tu."

Sudahnya, kita pilih untuk memendam saja semua yang kita rasa. Sedih? Senyum saja. Penat? Jangan tunjuk. Kecewa? Telan dan jalan terus.

Sehinggalah tiba satu waktu, emosi yang dipendam membuak-buak sampai ingin meletup. Ketika itu, kita sendiri keliru. Apakah perasaan berat yang dirasai ini? Kita hendak meluah, tetapi setelah sekian lama memendam, bagaimana hendak mula?

Melalui buku ini, para penulis membawa kita mengikuti perjalanan Elina; seorang yang telah lama memendam perasaan sehingga menyakiti diri sendiri — akhirnya sedar bahawa meluahkan perasaan bukanlah petanda kita lemah, tetapi satu langkah yang menyembuhkan.

Walau apa pun jua yang anda alami, tidak mengapa untuk meluahkan. Tidak mengapa untuk memerlukan bantuan. Tidak mengapa untuk merasai perasaan sendiri.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI