Leftenan Adnan Saidi Pahlawan Bukit Chandu
Author: Kol Ramli Abu Bakar
Publisher: Penerbit UPNM
ISBN: 9789675985355
Weight:
Pages: 179
Year: 2015
Price: RM45
Keperwiraan Lt Adnan sebagai salah seorang pahlawan Perang Dunia Kedua adalah lanjutan daripada kepahlawanan Hang Tuah lima bersaudara pada abad ke- 12, kepahlawanan Tok Janggut @ Haji Mat Hassan (Kelantan), Haji Abdul Rahman Limbong (Terengganu) Dato Maharaja Lela dan Dato’ Sager (Perak), Dato’ Bahaman dan Mat Kilau (Pahang), Penghulu Dol Said (Naning), Rosli Dobi (Sarawak), Mat Salleh (Sabah) dan ramai lagi dalam siri kebangkitan Melayu-Pribumi menetang penjajah di negara tercinta ini.
Menerusi buku ini, penulisnya telah membuat kajian secara terperinci keluarga Lt Adnan, tempat beliau lahir dan dibesarkan serta bersekolah sehingga meningkat dewasa apabila Adnan memilih untuk menyertai Askar Melayu yang masih berusia muda. Semangat kepahlawanan yang ditunjukkan oleh pasukan Askar Melayu ketika menentang kemaraan Jepun pada 1941-1942 telah mendapat pujian daripada pemimpin Tentera Bersekutu yang turut sama menyaksikan keberanian dan disiplin yang tinggi ditunjukkan oleh pasukan pejuang kita pada abad ke-20 yang lalu.