Legasi Ihsan

RM99.00
5 item(s)
+

Legasi Ihsan

Author: Azmawani Abd.Rahman, Mohd Izani Mohd Zain & Mohamed Thariq Hameed Sultan

ISBN:

Weight:

Pages:

Year:

Price: RM99

Penerbitan buku Aini: Legasi Ihsan adalah koleksi pemikiran dan kepemimpinan PUTRA yang merakam perjalanan Naib Canselor ketika mengemudi bahtera Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan pelbagai agenda dan inisiatif sekali gus membawa UPM ke mercu kecemerlangan dan kegemilangan.

Buku ini juga menjadi satu prakarsa yang berusaha mengangkat segala usaha dan inisiatif kepemimpinan Profesor Datin Paduka Setia Dato’ Dr Aini Ideris, khususnya sepanjang beliau memegang amanah sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia kelapan.

Usaha penerbitan buku ini sangat penting kerana ia boleh dibaca dan menjadi dokumen yang dirujuk semua pihak terutama mereka yang mahu memahami perjalanan dan pengalaman Profesor Datin Paduka Setia Dato’ Dr Aini Ideris sebagai Naib Canselor. Antara usaha yang dipahat oleh beliau adalah memperkenalkan konsep Ihsan sebagai tonggak kecemerlangan UPM, semangat kekitaan tinggi melalui “We Love UPM” dan penjenamaan Putra Bakti.

Penerbitan buku ini sangat bermakna dengan kerjasama yang utuh antara Pejabat Strategi Korperat dan Komunikasi (CoSComm) dan Pusat Penerbit UPM, khususnya, serta kerjasama semua pihak amnya. Semoga buku ini dapat dimanfaatkan, yang buka sahaja mampu mendekatkan kita untuk mengenali persona Aini tetapi legasi yang ditinggalkan.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI