Lembangan Sungai Dalam Peradaban Melayu​

RM50.00
9679427137
2 item(s)
+

Lembangan Sungai Dalam Peradaban Melayu

Author: Abdul Halim Nasiri

Publisher: UKM Press

ISBN: 9679427137

Year: 2005

Weight:

Pages: 170 ms

Price: RM50

Tinggalan sejarah yang berkaitan dengan orang Melayu kebanyakannya terletak tidak jauh dari tebing sungai. Sungguhpun dapat dikesan petempatan manusia dahulu kala di gua-gua, namun kebanyakan gua ini terletak berhampiran dengan punca air, terutamanya sungai. Kubu purba dan batu hidup juga ditemui berdekatan sungai. Candi di Lembah Bujang dan ditempat lain juga terletak di lembangan sungai. Sejak abad pertama Masehi, agama Hindu-Buddha juga dikesan masuk ke Nusantara melalui lembangan sungai. Kerajaan Manjung dan Beruas tegak berdiri di sepanjang Sungai Perak. Lembah Sungai Muda, Sungai Merbok, Sungai Kedah dan Sungai Perlis pula menjadi lokasi pertumbuhan kerajaan Melayu di utara Semenanjung Tanah Melayu. Selain itu, Lembangan Sungai Selangor, Sungai Kelang, Sungai Langat, Sungai Lukut, Sungai Melaka, Sungai Perak, Sungai Johor, Sungai Batu Pahat dan Sungai Muar juga masing-masing telah menyaksikan perkembangan kerajaan kesultanan Melayu yang besar dan berpengaruh di kawasan ini. Sungai Besut, Sungai Pahang dan Sungai Kelantan menjadi tapak pembinaan kerajaan Melayu di pantai timur Tanah Melayu. Di lembangan sungai-sungai ini masih dapat dilihat tinggalan kota, istana, makam dan masjid yang menandakan kewujudan kerajaan dan tamadun masa silam. Selain itu, petempatan dan perkampungan orang Melayu juga terletak di tebing sungai bagi memudahkan urusan kehidupan seharian terutama sebagai punca minuman, sumber makanan dari sungai seperti ikan dan sebagainya, untuk mandi-manda dan amalan lain yang berkaitan dengan pemujaan, semangat dan keagamaan. Semua ini membuktikan betapa akrabnya kehidupan orang Melayu dengan sungai.


Abdul Halim Nasir (1938-99) banyak mendokumentasikan warisan tinggalan kebudayaan Melayu di Nusantara. Pengalamannya lebih dua dekad di Muzium Negara kemudian diteruskan dengan menjadi Karyawan Tamu di Universiti Kebangsaan Malaysia. Dengan Penerbit UKM beliau menerbitkan Seni Bina Masjid di Dunia Melayu-Nusantara (1995). Edisi bahasa Inggeris diterbitkan dengan judulMosque Architecture of the Malay World (2004). Bersama Wan Hashim Wan Teh, beliau menghasilkan Warisan Seni Bina Melayu (1997). Pengalaman hidupnya yang berwarna-warni sepanjang perantauannya dari kampung lamannya ke seluruh Nusantara dan Eropah diterbitkan dengan judul Memoir Abdul Halim Nasir: Dari Kampung Sekolah ke Menara Gading (1998).


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI