Lembangan Sungai Di Kedah: Isu dan Tadbir Urus
Editors: Rasyikah Md Khalid, Lee Khai Ern dan Nurlina Mohamad Ramzan
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294863248
Weight: gsm
Pages: 160
Year: 2024
Price: RM30
Negeri Kedah merupakan salah satu negeri yang sangat kaya dengan sumber air dan dikenali dengan jolokan 'Jelapang Padi Negara. Walau bagaimanapun, sumber air negeri Kedah telah menghadapi beberapa cabaran. Oleh yang demikian, tadbir urus lembangan sungai yang bersepadu menjadi penting untuk memastikan sumber air di negeri Kedah terpelihara. Hal ini kerana, Malaysia bergantung kepada pengeluaran padi dari Kedah, sementara negeri berjiranan seperti Perlis dan Pulau Pinang bergantung kepada kelestarian sumber air Kedah yang mengalir ke negeri mereka.
Perubahan iklim turut mencetuskan pelbagai isu seperti banjir kilat dan banjir lumpur yang telah menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda. Dalam konteks ini, buku ini telah meneliti semula tadbir urus pengurusan sumber air di negeri Kedah dari perspektif lembangan sungai serta menjelaskan bidang kuasa pihak-pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan yang memberi impak kepada pemeliharaan sungai-sungai di negeri Kedah.
Selain itu, penekanan peranan masyarakat dalam usaha memelihara dan memulihara sungai-sungai di negeri Kedah adalah penting yang mana buku ini sesuai dibaca oleh semua pihak masyarakat kerana kita semua merupakan pengguna air dan memiliki tanggungjawab untuk menjaga lembangan sungai di negeri Kedah dan Malaysia secara keseluruhannya.