​Linguistik Bandingan Bahasa Bidayuhik (cet.2)

RM30.00
9789679428339
3 item(s)
+

Linguistik Bandingan Bahasa Bidayuhik (cet.2)

Author/Editor: Rahim Aman

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789679428339

Weight: 300g

Pages: 220

Year: 2017

Price: RM30


Etnik Bidayuh adalah golongan minoriti di Serawak dan jumlah penutur bahasa tersebut dianggarkan kira-kira 140,000 orang atau 8.2% daripada keseluruhan penduduk Sarawak. Buku ini memperihalkan kajian perbandingan varian Bahasa Bidayuh yang dituturkan di Serian, Kuching, Bau dan Lundu serta kajian yang sama di Kalimantan Barat, Indonesia. Perbandingan yang dilakukan pada sembilan varian Bidayuh ini menggunakan teori perbandingan kualitatif yang dianggap penting kerana teori tersebut berkemampuan memperlihatkan darjat hubungan antara bahasa-bahasa kerabat yang diturunkan daripada sumber bahasa purba yang sama. Kelompok Bahasa Bidayuhik adalah kelompok bahasa yang diturunkan daripada rumpun Bahasa Austronesia. Kajian yang bersifat merentas sempadan geopolitik terhadap Sembilan varian Bidayuhik sepertimana yang ada dalam buku ini adalah semata-mata untuk memperoleh satu hasil rekonstruksi dan klasifikasi yang lebih bersifat ilmiah dan bertanggungjawab. Sehubungan dengan itu, maka teori yang dimanfaatkan untuk merekonstruksikan dan mengklasifikasikan bahasa ini adalah menggunakan teori kualitatif bandingan bahasa seperti yang diutarakan oleh Crowley (1992), Fox (1995) dan Campbell (2001). Aspek rekonstruksi dibuat melalui data yang diperoleh daripada sembilan varian Bahasa Bidayuh dan dibandingkan pula dengan bahasa pubanya, iaitu Bahasa Melayu Polinesia Purba (PMP). Kewujudan inovasi mengukuhkan lagi kedudukan Bahasa Bidayuhik Utara Purba (BUP) sebagai kelompok bahasa tersendiri dan berbeza dengan kelompok bahasa turunan PMP yang lain.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI