Maharaja Yongzheng: Perebutan Takhta Sembilan Putera
Author: Er Yuehe
Translator: Tan Lai Peng
Publisher: Dewan Bahasa Pustaka & Han Culture Centre Malaysia
ISBN: 9789834926625
Weight:
Page: 905pp
Year: 2021
Price: RM68
Maharaja Yongzheng: Perebutan Takhta Sembilan Putera atau novel asalnya dalam bahasa Cina, Yongzheng Huangdi Jiu Wang Duo Di merupakan jilid pertama dalam siri novel sejarah “Maharaja Yongzheng”. Novel ini menceritakan kisah kehidupan dalam istana yang jarang diketahui oleh rakyat. Pertempuran antara putera menyebabkan istana diselubungi oleh pertumpahan darah. Tuan Putera Yongzheng akhirnya berjaya dalam perebutan takhta. Desas-desus mengenai perubahan sistem pemerintahan, pembunuhan ayahanda baginda dan pewarisan takhta menjadikan kisah sejarah ini penuh dengan kecurigaan, mengelirukan dan membingungkan. Pengarang menggunakan gaya penulisannya dengan memasukkan catatan sejarah untuk menggambarkan keagungan kepercayaan dan kekuasaan seseorang watak, dalam sistem pentadbiran. Plot ceritanya berliku-liku dan berkelok-kelok, pembentukan watak-watak pula melengkapi antara satu sama lain. Buku ini melihat sejarah dan mengkaji kehidupan watak-watak daripada segi pemikiran dan kesenian. Seperti yang disifatkan oleh seorang pengkritik buku selepas membaca karya ini, buku ini merupakan novel sejarah berkualiti tinggi yang jarang ditemui di pasaran.