Makna Baharu Perubahan Pendidikan
Author: Michael Fullan
Publisher: ITBM
ISBN: 9789830686080
Year: 2015
Weight: 0.3 kg
Price: RM40
“Selama bertahun-tahun, edisi pertama Makna BAHARU Perubahan
Pendidikan menjadi rujukan saya dalam memahami cara mempertingkat pengajaran
dan pembelajaran pelajar dalam sistem sekolah yang kompleks. Edisi keempat buku
ini meneruskan dan mendalami tradisi dengan memaparkan asas pengetahuan,
seperti yang dijelaskan oleh Michael Fullan sebagai ‘lebih mendalam dan boleh
dicapai’.”
Dennis Sparks, Pengarah Eksekutif Emeritus, Majlis
Pembangunan Pekerja Kebangsaan
“Edisi terbaharu teks yang hebat dan amat berpengaruh ini
menggambarkan usaha istimewa Fullan untuk menyebatikan dan memanfaatkan
sebaik-baiknya makna kejayaan bagi proses perubahan pendidikan.”
Ken Leithwood, OISE/University of Toronto
“Lahirnya kesedaran yang mendesak pada edisi keempat kerana
kejayaan peluasan sistem beelum lagi berlaku di peringkat pelajar dan bilik
darjah, walaupun ilmu dalam kaedah melakukannya telah ada. Bagi mereka yang
berusaha untuk mencapai kejayaan itu, membaca buku ini adalah suatu kemestian.”
Brian J. Caldwell, Pengarah Urusan, Educational
Transformations Pty Ltd
“Dalam edisi keempat ini Fullan terus membuktikan keunggulan
dirinya. Walaupun menggunakan struktur yang lebih kurang sama dengan edisi
sebelum ini, tiada lagi pengemaskinian formula cuba dan uji. Dengan daya usaha
maksimum, Fullan menawarkan kita untuk melihat perubahan pendidikan lengkap
sebagaimana edisi pertama, namun dengan pemahaman yang mendalam terhadap
pelbagai kerumitan yang tiada tandingan pada ciri wibawa, wawasan serta
keghairahan.”
Davis Hopkins, Pengerusi Kepimpinan Antarabangsa, HSBC iNet
Institute of Education, University of London
Ketika Michael Fullan menerbitkan edisi pertama tugas penting ini pada 1982, beliau mengubah sepenuhnya teori dan latihan pembaharuan pendidikan. Kini, suku abad kemudian, edisi keempat menjanjikan pengaruh yang sama terhadap pembaharuan radikal abad ke-21. Makna BAHARU Perubahan Pendidikan adalah ringkasan muktamad kepada semua aspek perubahan pendidikan dan pengurusan – sumber berpengaruh bagi setiap yang terlibat dalam pembaharuan sekolah.